Salam Sejahtera Ke Atas Kamu Semua!!!
Tarikh 22 November 2014 merupakan antara tarikh-tarikh penting bagi diriku. Aku ingat lagi tarikh itu. Hari Jumaat, 21 November 2014, aku menaiki ETS dari KL Sentral turun ke Stesen Batu Gajah. Tiket jam 9.00 malam. Ngam2 ada tiket untuk tren terakhir ETS. Syukur beb! Jam 11.30 malam (lebih kurang), aku sampai di Stesen Batu Gajah, lantas aku mendail nombor telefon seseorang.
"Hi you. I dah sampai Batu Gajah."
"Ok. Jap, dah on the way." jawabnya.
"Ok, I tunggu sini. Safe drive." balasku menamatkan perbualan kami.
Tak lama selepas itu, dia datang. Menyapaku dan kemudian membawaku pergi menaiki kereta beliau.
"Kita nak pergi mana ni? This date supposedly to pecah rekod our last date." ujarku.
"Like we've planned earlier. Kita pergi Marina. But in the mean time nak buat apa?"
Kami pun teruskan memandu. Biar saja pemandu yang membawa kami ke mana saja. Seingat aku, kami ada pergi ke McDonald di Aeon Manjung. Masing-masing memesan makanan dan kemudian kami duduk di situ.
"Episod Avatar Korra haritu tak dapat tengoklah you." ujarnya.
"Jom kita tengok sekarang nak?" cadangku. Dia mengangguk tanda setuju.
Aku buka laptop ku dan kami sama-sama menonton Avatar Korra. Kalau tak silap, antara episod-episod akhir siri tersebut. Sambil menonton, kami bersembang mengenai itu dan ini. Masa silam dan masa depan. Bagaimana dalam 5 tahun aku dan dia inginkan sebuah kafe dengan design begini dan begitu. Bagaimana sejarah silam menjadikan kami sekarang.
Setelah tamat Korra, kami pun terus ke Marina. Di sana kami berjalan di pantai sambil kaki menguis pasir di kaki. Kekadang duduk mengadap laut membiru, bayu malam menjengah tulang temulang kami. Ya Allah, sejuk ya amat. Kemudian kami duduk di jetty. Saat itu, kami bersembang lagi. Bercerita mengenai hati.
"Awak, saya mengantuklah."
"Nah amiklah bahu ni. Sandar dan tidurlah."
Sambil dia menyandarkan kepalanya ke bahuku, aku mengusap-usap lembut rambutnya. Aku berbisik perlahan ke telinganya,
"Bersaksikan bintang, bulan dan pantai ni..." aku terhenti sebentar, "Mana ada bulan malam ni!" aku menggaru-garu kepalaku yang tak gatal.
Satu cubitan hinggap di pinggangku, "Tak payah jiwang sangat boleh tak? Bulan takde, tetiba ada pula." Ketawa meletus di antara kami.
"Saya ni memang orang panggil Doktor Chenta tapi sangatlah hopeless romantic."
"Jadi diri sendiri aje awak. Saya suka awak sebab awak." jawabnya.
Merona merah pipiku. "Awak sudi tak membenarkan saya menjaga hati awak? Dan awak sudi tak jagakan hati saya?"
"Janji awak akan jaga hati saya? Takkan pernah lukakan dia? Sekali awak lukakan saya, saya akan delete kewujudan awak dalam hidup saya."
"Delete kewujudan macamana?" tanyaku.
"Saya akan padam nombor awak, block awak, remove awak dan lain-lain. Tak nak ambil tahu pasal awak." terangnya.
"Saya janji yang saya akan jaga hati awak. Saya takkan lupa untuk menjaganya selagi saya hidup. Saya nak jadikan awak ratu hati saya, jika awak sudi."
Dia terdiam.
"Diam tanda setuju tau awak?" usikku.
"Saya pun akan jaga hati awak."
Tarikh 22 Nov 2014 di Marina, merupakan tarikh aku dan dia menjadi satu. Saat tu, janji dilafazkan dan setahun selepas tu, 22 Nov 2015 di Taiping, kami di satukan dihadapan sanak saudara.
Aku lihat jam di tangan, dah hampir jam 5.30 pagi. Tapi kenapa matahari tak muncul-muncul lagi? Dalam rencanaku, lepas lamar nak tengok matahari terbit. Jarum jam mampir ke angka 6, matahari tidak terbit lagi. Kemudian aku baru teringat, aku biasa tengok matahari terbenam dekat Marina. Mana mungkin terbit dekat Marina. Nak kiamat kalau terbit dekat Marina. Aku menepuk dahi.
"Sayang, change of plan, matahari terbenam dekat Marina, bukan terbit."